Mageswari a/p Subramanian



Tokoh Pembelajaran Sosial
Dr. Albert Bandura (1925-2012)

Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan di sana. Semasa di University of British Columbia, beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu -satunya kelas yang paling awal diadakan di universiti tersebut.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Lowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologi pembelajaran yang terkenal pada ketika itu.
Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi4. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. .

             Beliau kemudiannya berkahwin Virginia Varns, seorang guru di kolej kejururawatan dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran PH.D, Albert Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai profesor dan Seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun 1980 .
Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip bela jar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme.

Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.Dalam pada tahun 1977, Bandura menerima gelaran “Bapa Teori Kognitif” untuk sumbangan beliau dalam penyelidikan psikologi  khususnya, untuk teori pembelajaran sosial dalam bukunya “Social Learning Theory”.

Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajar-pelajarnya kerana sikap beliau yang ambil berat dan sanggup memberi bantuan maklumat yang mereka perlukan.


PENGENALAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller dan Dollard dinamakan "Social Learning" ataupun "Pembelajaran Sosial". Tingkahlaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imiginasi ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya.

           Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963), telah melaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan. Proses belajar ini disebut "Observational Learning" atau pembelajaran melalui pengamatan.Albert Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap proses mental seseorang.

            Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity).
            Menurut Bandura, proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar Bandura, 1977. Eksperimen beliau yang  terkenal ialah “eksperimen patung Bobo”., kerana ia melibatkan patung yang dikenali sebagai Bobo. Eksperimen ini menunjukkan bahawa kanak-kanak meniru perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya,. Perkara yang lebih penting yang didapati daripada eksperimen ini telah menunjukkan pertalian antara teori-teori pembelajaran behaviourisme dan kognitif kerana ia merangkumi aspek-aspek pemerhatian, ingatan dan motivasi

TEORI PEMODELAN BANDURA  (1925)

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.
               
Di dalam eksperimen yang pertama, mereka menggunakan dua kumpulan berikut:

A   (KUMPULAN KAJIAN)

Kanak-kanak disuruh  memerhati sekumpulan orang dewasa yang sedang menumbuk, menendang sebuah patung besar yang dinamakan Patung Bobo.

B (KUMPULAN KAWALAN)

Kanak-kanak tersebut memerhati sekumpulan orang dewasa bemesra dengan patung Bobo tersebut.


                                                      JADUAL 1 :Eksperimen Pertama

Kedua–dua kumpulan kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi dengan eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak kumpulan A bukan sahaja memukul, menumbuk, menendang dan menjerit pada patung tersebut, bahkan juga menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada tingkah laku orang dewasa yang telah diperhatikan melalui video tersebut.

Sedangkan kanak-kanak kumpulan B tidak menunjukan sebarang tingkah laku agresif seperti yang terdapat dalam kumpulan A.


Kesimpulannya, didapati bahawa daripada eksperimen yang pertama ini menunjukkan tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.


Di dalam eksperimen yang kedua, Bandura dan Walters membahagikan kanak-kanak dalam tiga kumpulan, iaitu dua kumpulan (A dan B) sebagai kumpulan kajian dan satu kumpulan (C) sebagai kumpulan kawalan.

A (KUMPULAN KAJIAN)

Kanak-kanak memerhati sekumpulan orang dewasa menumbuk patung besar, kemudian mendapat hadiah

B (KUMPULAN KAJIAN)

Kanak-kanak memerhati sekumpulan orang dewasa menumbuk patung besar, kemudian mendapat denda.

C (KUMPULAN KAWALAN)

Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar.

 

JADUAL 2 : Eksperimen 2

Selepas pemerhatian, ketiga-tiga kumpulan dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak Kumpulan A menunjukkan tingkah laku agresif yang berlipat ganda berbanding dengan orang dewasa yang diperhatikan oleh mereka. Sedangkan, kanak-kanak dari Kumpulan B dan Kumpulan C tidak menujukan sebarang tingkah laku agresif mereka.

Kesimpulannya, didapati daripada eksperimen yang kedua ini jelas menunjukkan tingkah laku peniruan atau pemodelan adalah hasil peneguhan.


Bedasarkan rumusan ini, Bandura mengemukakan Teori Pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai teori peniruan atau Teori Permodelan.



1.    Perhatian               Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan.
 Faktor-faktor yang mempengaruhi
-Ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status, dan hubungan dengan penerhati.
-Kegunaan dan faedahnya.
-Kemahiran pemerhati

2.    Mengingat            Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang
Diperhatikan dalam ingatan. Mengikut Bnadura, butir-butir tingkah laku boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imiginasi.


3.    Reproduksi          Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah la       
yang ditirunya. Kecekapan mengulangi tingkah laku orang lain. Bergantung  kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati, serta kemahiran mengingat dengan tepat.

4.    Peneguhan/Motivasi       -Individu biasanya meniru dan melakukan semula                                              tingkah laku yang diperhatikan sekiranya ia
mendatangkan kepuasan, peneguhan positif atau ganjaran.
-Pemerhati mungkin tidak akan melakukan semula tingkah laku sekiranya didenda atau ditegur.
-Jenis-jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan mengikut tingkah laku yang ditiru ialah:

Ø  Peneguhan secara langsung, misalnya pujian.
Ø  Peneguhan secara tidak langsung (vicarious reinforcement)., misalnya melihat orang lain menerima hadiah.
Ø  Peneguhan diri (self-reinforcement), iaitu motivasi instristik yang merangkumi proses:


Pemerhatian             menetapkan piawai tingkah laku           menilai diri                  

memperoleh kepuasan diri              peneguhan diri.

( Peneguhan diri memerlukan kepunyaan konsep kendiri yang positif, serta
 keupayaan manipulasi diri, iaitu self-regulation dalam bahasa Inggeris).



PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

PEMERHATIAN

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

REPRODUKSI

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.


PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti ’syabas’. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

Jenis-Jenis Peniruan/ Permodelan
    Eksperimen yang dilakukan oleh Bandura adalah pembentukan sesebuah tingkah laku boleh berlaku melalui beberapa cara, iaitu:

1.       Peniruan  Langsung
Kanak-kanak melihat model sendiri atau secara tidak langsung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.
2.       Peniruan Tak Langsung
                  Peniruan adalah melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung (vicarious
               Learning) Contoh: meniru watak yang dibaca dalam buku, memerhati seorang guru   
               mengajar  rakannya.

            3.    Peniruan Gabungan
                  Peniruan jenis ini adalah dengan cara menggabung tingkah laku yang berlainan iaitu                             
               peniruan langsung dan tidak langsung atau kedua-duanya sekali.
                • Contoh: pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna daripada buku                         
                   yang dibacanya, kemudian menghasilkannya dalam buku lukisan tersendiri.
 

3.       Peniruan Sekat Lakuan
Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B.Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja.
contoh:  Seorang meniru fesyen pakaian pelakon dalam televisyen, tetapi disedarinya  bahawa tidak memakainya di sekolah.
Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku.

4.       Peniruan tak sekat lakuan
Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.
 Contoh:
Murid-murid juga meniru melalui tak sekat lakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai di dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. inilah merupakan peniruan melalui tak sekatlakuan.

5.  Peniruan Melalui Elistasi
      Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinginan Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.













Jenis-jenis Model dalam Peniruan/Permodelan

1. MODEL YANG LEBIH TUA
Peniruan ini berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan, kehormatan dan sebagainya yang dinilkmati oleh model tersebut.

2. MODEL YANG BERSTATUS TINGGI
Faktor kuasa dan kekayaan daripada model yang berstatus tinggi mendorongkan individu dalam kelas sosial rendah meniru.
3. MODEL YANG MEMPUNYAI KECERDASAN TINGGI
Orang yang kurang pintar dan kurang pandai biasanya menyanjung dan memuja orang yang pintar dan pandai. Oleh itu, secara tidak langsung mereka meniru tingkah laku model tersebut.
4. MODEL YANG TERKENAL DALAM BIDANG SESUATU KEPAKARAN
 Kepakaran model dalam bidang tertentu seperti pakar pendidikan, artis, sasterawan, ahli psikologi, doktor, profesor dan sebagainya. Mereka kurang mahir di dalam bidang tersebut berkecenderungan meniru tingkah laku model

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati.

Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan sebagainya.

Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini.
Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya dapat dijadikan model untuk diikuti oleh mereka.

Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah.
Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contoh-contoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya.
Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk membuat demonstrasi mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang terbaik itu.
Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi serta simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat membentuk murid ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan tahap mereka.




APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAH.


Guru sebagai Role Model dan Model Simbolik.

Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

Modifikasi Tingkah Laku.

Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan Tidak Langsung.

Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan Sebaya sebagai Model.

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.
Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying.
Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.






KELEBIHAN TEORI
Teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori belajar sebelumnya karena ia menekankan bahawa lingkungan dan perilaku seseorang dihubungkan melalui sistem kognitif orang tersebut. Bandura memandang tingkah laku manusia bukan semata-mata refleks atas stimulus (S-R bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul akibat interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri.
Pendekatan teori belajar sosial lebih ditekankan pada perlunya conditioning (pembiasaan merespon) dan imitation (peniruan). Selain itu pendekatan belajar sosial menekankan pentingnya penelitian empiris dalam mempelajari perkembangan kanak-kanak. Penelitian ini berfokus pada proses yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak, faktor sosial dan kognitif.

KELEMAHAN/KRITIKAN TEORI ALBERT BANDURA
Teori pembelajaran sosial Albert Bandura sangat sesuai jika diklsaifikasikan dalam teori behavioristik. Ini kerana, teknik pemodelan albert bandura adalah mengenai peniruan tingkah laku dan adakalanya cara peniruan tersebut memerlukan pengulangan dalam mendalami sesuatu yang ditiru.
Selain itu juga, jika manusia belajar atau membentuk tingkahlakunya dengan hanya melalui peniruan (modeling), sudah pasti terdapat sesetengah individu yang menggunakan teknik peniruan ini juga akan meniru tingkah laku yang negatif termasuklah perlakuan yang tidak diterima dalam masyarakat.
KESIMPULAN
Teori ini dikembangkan oleh Albert Bandura seorang pensyarah psikologi pendidikan dari Stanford Universiti, USA. Teori pembelajaran ini dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana seseorang mengalami pembelajaran dalam persekitaran yang sebenarnya. Bandura (1977) menghipotesiskan bahawa tingkah laku, lingkungan dan kejadian-kejadian internal pada pembelajaran yang mempengaruhi persepsi dan aksi adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh (interlocking).
Harapan dan nilai mempengaruhi tingkah laku. Tingkah laku sering dievaluasi, bebas dari timbal balik lingkungan sehingga mengubah kesan-kesan personal. Tingkah laku mengaktifkan kontingensi lingkungan. Karakteristik fizik seperti ukuran, dan atribut sosial menumbuhkan reaksi lingkungan yang berbeza.
Pengakuan sosial yang berbeza mempengaruhi konsepsi diri individu. Kontingensi yang aktif dapat mengubah arah aktiviti. Tingkah laku dihadirkan oleh model. Model diperhatikan oleh pelajar (ada penguatan oleh model). Tingkah laku (kemampuan dikod dan disimpan oleh pembelajaran). Pemrosesan kod-kod simbolik Skema hubungan segitiga antara lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah laku,(Bandura, 1976).

RUJUKAN
1.    Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi, Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh PHD),Kumpulan Budiman SDN. BHD.
2.    PSikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Ketua Sidang Pengarang Mok Soon Sang,Penerbitan Mutimedia Sdn. Bhd.
3.    Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Eee Ah Meng, Penerbit Fajar Bkti Sdn. Bhd.
4.    http://www.iyares.com/books/s/?q=teori+pembelajaran+sosial+albert+bandura



No comments:

Post a Comment