Salini a/p Neelamagam


IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY KE ATAS PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.    Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan zon perkembangan proksimal setiap kanak-kanak
·         Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk   Menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.

·         Contohnya, guru perlu menggunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras senang,sederhana, dan susah untuk melihat keupayaan murid dan seterusnya dapat menentukan bimbingan yang akan diberikan.

2.    Menggunakan zon perkembangan proksimal di dalam pengajaran
·         Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai. Beri galakkan dan semangkat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif.

·         Contoh Aktiviti : Guru mengajar murid menulis pantun dua kerat dengan
bimbingan. Kemudian dibiarkan menulis sendiri berdasarkan
kefahaman yang telah diberikan.

3.       Memberi Galakan
·         Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kaloboratif secara pengajaran secara berkumpulan.

·         Contoh Aktiviti :Guru membahagikan murid-murid di dalam kumpulan yang terdiri daripada meri yang terdiri daripada pelbagai tahap Kefahaman dan seterusnyamemberikan satu tugasan kepada murid untuk dilakukana di dalam kumpulan. Murid yang mahir akan membantu murid-murid yang lain dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
4.    Galakan Bercakap Sendiri
·         Kawal dan mengalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak  untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian.

·         Contoh Aktiviti :Guru menyuruh murid menulis karangan yang bertajuk ’’Aku Sebatang Pen’’. Murid akan bercakap sendiri untuk mendapatkan idea dengan membayangkan dirinya sebatang pen bagi menyiapkan karangan tersebut.

5.    Arahan yang Bermakna
·         Guru memberikan arahan yang bermakna seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

·         Contoh Aktiviti : Guru memberi panduan kepada cara menunaikan solat yang betul dan murid mengaplikasikan cara tersebut ketika solat.


IMPLIKASI TEORI BANDURA TERHADAP PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Guru sebagai ROLE MODEL dan MODEL SIMBOLIK
·         Guru perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi pakaian, tingkah laku, pertuturan dan sebagainya kerana murid selalu dicontohi oleh murid.

·         Murid juga boleh meniru secara langsung contoh-contoh pengajaran yang diberikan oleh guru.

       2.   MODIFIKASI TINGKAH LAKU
·         Permodelan adalah satu cara modifikasi tingkah laku.
·         Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun contohnya tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah.
·         Apabila murid meniru tingkah laku yang baik, guru perlu memberi peneguhan untuk melazimkan tingkah laku tersebut.

        3.   CONTOH DAN HASILAN YANG BAIK
·         Guru perlu menunjukkan hasil tangan, seni lukis dan kemahiran-kemahiran tertentu dalam matapelajaran seperti pendidikan seni, kemahiran hidup dan sebagainya.
·         Murid dapat meniru dari contoh-contoh yang direka untuk menghasilkan kerja-kerja mereka.

         4.   PENIRUAN MELALUI MAIN PERANAN DAN SIMULASI
·         Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi.
·         Murid dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditunjukkan watak-watak dalam simulasi tersebut.

No comments:

Post a Comment